Wednesday, November 25, 2009

Eh dah dekat rupanya..

Bangun pagi sambil gosok2 mata - gigi tak berus ternampak mama sedang membuat anyaman kretif turun-temuran.. si mata dengan sifat acuh tak acuh mahu membuka kelopak mata seolah-olah berkata 'ala baru pukul 11.30 pagi'.. si jari bingkas menyelak-nyelak kalender di dinding tanpa menghiraukan kata-kata si mata..

'hah raya haji dah dekat....!!'


patut la mama dah bising-bising suruh basuh itu, lap ini, cuci itu dan bersihkan ini.. owh ya, untuk rakan-rakan di luar sana, tahun ni saya menyambut hari raya aidiladha di sungai petani.. tak balik perlis ok.. jadi pada hari raya kedua kalau mahu sedekahkan daging korban, boleh sangkutkan di pintu pagar depan rumah ya..


hey kakak dan adik di KL sana.. saya sudah arif + masak dgn taktik anda pulang lewat ke rumah.. jangan risau, saya sudah sediakan kerja2 yang sepadan untuk anda berdua.. terima dengan hati yang rela – tangan yang terbuka ok.


anyaman kretif turun-temuran..

Last shout: si mata dan si jari dalam keadaan baik2.. si hati masih buat perangai..

Monday, November 23, 2009

Futsal..

mari raikan penutup sem ini dengan 3 jam futsal..







Last shout: rasa rugi plk tak bawak balik kasut futsal cuti ni..

And again!

p/s: kisah saya jgn baca!

tak tahu perasaan ini serupa apa

bila kenangan lama kembali

berlegar-legar dalam ingatan..

bila wajah kamu difikiran..

terasa seperti mahu ikut permintaan hati supaya

menaiki mesin masa ciptaan doremon untuk kembali

ke zaman silam memadam semua titik2 hitam..


lemah-lembik-loser itu saya..
dayus-lemah-pengecut itu kata kamu..

mungkin benar saya perlu berambus dari hidup kamu..

dan kemudian berdiri sendiri atas dunia yg sangat rata ini..

terus mencuba~

Align Center video
nak buat macam dalam video klip ni boleh???

Last shout: terima kasih kerna sering datang dalam mimpi saya..

Sunday, November 22, 2009

Ditemani hujan~

hari pertama sampai kedah sangat membosankan..
24 jam hujan hujan hujan..
tak dapat nak keluar jumpa kawan2..
tak dapat nak keluar main bola..
tak dapat nak keluar berfoya-foya..


Last shout: hari kedua nampak sedikit sinar..

Friday, November 20, 2009

Tamat tahun 4, semester 1..

esok hari sabtu..
esok 21 november..
esok saya balik KEDAH DARUL AMAN..
dah2 nk pack baju..
bye~


Last shout: Hang Memang Lidah Kedah..Pi La Ceqhuk Mana Pun Mampoih Sampai Kena Sekeh Ka Kena Taboh Ka Mangkala Kena Tembak Pun Kedah Tetap Kat Hati Hang!

Tuesday, November 17, 2009

Panadol Berbahaya??


standard la kalau demam kan..
pergi kedai runcit,
beli panadaol..
sedang stim2 nak tido semalam,
dapat satu email bertajuk
'PANADOL BERBAHAYA'
eh macam tau2 ja aku baru lepas telan 2 biji!

nah baca bawah ni..
copy & paste saja..
malas nk edit2..
kebenarannya tak pasti la..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI
(TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan

Last shout: bak kata membe saya, 'kalau nak lebih berkesan, beli 2 botol minuman isotonik.. satu bagi utk membe2 minum, satu lagi minum sendiri..' pasti berkesan!

Demam + selsema..

tiada mood utk mengarang..
homesick mungkin..


Countdown: 3 hari lagi..

Last shout: telan panadol kemudian tido..

Saturday, November 14, 2009

21 Nov 2009

dah beli tiket utk balik aloq staq..
jadi dah boleh mula countdown!
yey~


Countdown: 5 hari lagi

Last shout: aloQ staQ tunggu..

Friday, November 13, 2009

2012 Kiamat??


cita ni starting dia agak slow sket..
sakit botot jugak la duduk 2 jam setengah
dalam wayang..
nasib baik ada awek lawa sbelah aku..
serius~

ok back to topic..
jalan cita filem ni lebih kurang macam cita nabi noh
dan memang logik..
mungkin satu hari nanti apa yg diceritakan
dalam filem ni akan benar2 berlaku..
anda boleh tengok sendiri berapa dasyat
malapekata tuh..
tu baru malapetaka yg digambarkan oleh manusia,
cuba fikir kalau benda tu betui2 berlaku??
time gempa bumi tuh,
aku terfikir,
'owh mungkin macam ni la yg berlaku kat indonesia baru2 ni..'
sangat dasyat~

dalam cita ni juga diselitkan bagaimana pengorbanan
seorang ayah utk meyelamatkan dua orang
anaknya walaupun dia telah bercerai dgn isterinya..
bagaimana pengorbanan seorang pemimpin utk
selamatkan rakyat-rakyatnya..

dan aku sangat tertunggu-tunggu nak tau endingnya..
adakah semua manusia akan mati??
atau manusia terselamat dari malapetaka itu??
nak tau kena tengok sendiri ok..

Last shout: dah banyak petanda2 kecil dan besar yang kiamat semakin dekat~

Thursday, November 12, 2009

UTHM DIY X-GAMES review and pic in REVOLUTION mag..

Pic2 yang aku snap time UTHM DIY X-GAMES comp
masuk REVOLUTION issue ke 101..
dapatkan sekarang di pasaran..

flashback:
Part I
Part II

cover depan - dik wan SP dah masuk mag!

UTHM DIY X-GAMES muka surat 56..




kenangan UTHM DIY X-GAMES 09..

The skateboard is like a brush..
The streets are the canvas
and every skateboarder is an artist..
Create something new..
Create our own style..

Last shout: support our scene..

Wednesday, November 11, 2009

Rombongan ke MAKHOSTIA (putrajaya) Sdn. Bhd.

ni rombongan time study week ari tu..
lambat gila upload..

dalam bnyk2 pic kat bwh ni,
ada satu ja pic aku..
sapa terer try cari..














Last shout: apa gunanya ke putrajaya kalau tak ke alamanda??

Tuesday, November 10, 2009

Saya nak balik duit saya!

cuti ni nak simpan rambut panjang balik..
boring pacak2..
owh rindu adik saya yg ini..


Last shout
: guna jari pun boleh~

Sunday, November 8, 2009

Bila cuti nanti..

boleh tidur di rumah sepuas-puasnya..
boleh menonton tv sampai lebam..
boleh makan makanan sedap2..
boleh bercuti bersama rakan-rakan..
yey~

the carnivall sungai petani..

baru feringghi, pulau pinang..

bukit merah laketown resort..

laketown clubhouse, bukit merah..

queensbay mall, pulau pinang..

air terjun bekok, johor..

gunung ledang, johor..

port dickson, negeri sembilan..

Last shout: yusry! ada lagi 3 paper la..!

Friday, November 6, 2009

Ada berani?


kawan-kawan!
dah boring menonton cita hantu melayu??
nah try p tengok cita nie di pawagam berdekatan..
'PHOBIA 2'
sumpah tak rugi..
semua ada 5 kisah dlm cita nie..
tapi phobia 1 lagi takot kot..
sapa yg x menonton lagi phobia 1,
sila download..

Last shout: cita yg ke-5 paling 'takot'!

Thursday, November 5, 2009

Kembali menjadi burung hantu..


siang tidur, malam berjaga..
situasi biasa setiap kali final exam..
tapi yg last minute tu la yg paling best..
baca semua ingat..
study semua masuk..
tapi kepala jadi berat..
macam PC low RAM..
macam PC kena virus..
mata pula dah bengkak2..

exam tolong cepat2 pergi..
cuti tolong cepat ke sini..


Last shout: bila kepala dah berat, mata dah bengkak, lepak mamak pekena roti canai telur.. cara!