penyokong2 setia skuad hijau kuning..
sebelum kempen liga super bermula lagi kami telah pertikaikan tindakan
pengurusan KFA yang membeli pemain import posisi pertahanan & tengah
kerana kami tahu barisan skuad kedah memerlukan pemain import posisi serangan
yg jelas tumpul dari kempen liga super tahun lepas lagi..
Pengurusan KFA menolak mentah2 pemain import pilihan kami iaitu
Marlon Alex James dengan alasan hero trible kami itu telah tua..
Marlon yg ternyata kecewa dengan kenyataan KFA telahpun menyertai pasukan ATM
dan kini setelah 4 perlawan Marlon telah menjaringan 6 gol!
Ya 6 gol tapi pemain kedah sebiji gol pun takdak lagi!
Import2 muda pilihan KFA ternyata amat menyecewakan..
Aksi Daniel Soares Neves Baroni ternyata longlai..
Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo pula hanya banyak menjadi pemerhati di luar
padang akibat kecederaan & terpaksa berehat selama 3 bulan..
Kami mahu pengurusan KFA bertanggungjawab!
Kami mahu pengurus kedah, Dato Khazali Din meletak jawatan!
Namun dari sudut hati kami penyokong2 kuat hijau kuning, kami berdoa
agar para pemain kedah tidak terlibat dengan aktiviti mengatur perlawanan
seperti mana pemain2 perlis yg sedang disiasat oleh SPRM..
Gegala mengatur perlawanan melibatkan pasukan kedah pada tahun 1995
masih tak dapat kami lupakan..
Bersusah-payah Dato Basri Akil menaikkan semula sukan bolasepak di kedah
untuk kembali mendapat tempat di hati rakyat jelata negeri kedah darulaman..
Kami mahu skuad kedah kembali memberi saingan di dalam liga..
Perlawanan2 melibatkan pasukan kedah adalah hiburan malam minggu kami..
Kami rindukan aksi2 hebat pasukan kesayangan kami..
Kami rindukan sorakan-sorakan rakyat jelata negeri kedah..
Kami sayangan pasukan hijau kuning..
'sokongan kami bukan sekadar menang, sokongan kami sepanjang zaman'
Dato Khazali Din tolongah bertindak profesional dengan meletak jawatan. Ternyata anda telah gagal..Last shout: Kalaulah Arwah Dato' Ahmad Basri masih ada.. Al-fatihah~

betol! sy sokong! letak jawatan pelis!
ReplyDelete